Haaa..jangan lupa bace blog ni kerana membaca itu amalan mulia..haha..selamat membaca :)

Wednesday, 16 February 2011

selalu ada kamu~

"Mira..kau tak takut ke PMR nanti? Lagi berapa bulan je lagi ni..hoho!!" soal Dayah kepada Mira yg sedang asyik membuat kerja Bahasa Melayu. Terbantut Mira dibuatnya.
    "Ehh kau ni,pehal bebel je dari tadi ni?aku pelik ler,lempang kang..mesti la belum,lgi 30% je lagi..kui3" jawap Mira selamber. Mereka diibaratkn sebagai isi dengan kuku. Sudah 3 tahun mereka bersahabat baik. Farhana,Ezerina,Ainaa,Syazwani,Cheah,Ida.. pon membe aku jugak tu..hehe..
Selang bberape minit,cikgu Zakiah Ramtan melangkah masuk ke kelas 3 Anggerik.
   "Bangun smua! Assalamualaikum cikgu.."Jerit si bdk bajet hensem,Khairul Azmin selaku ketua tingkatan. Murid2 di dlm kelas itu bngun dgn penuh semangat skali.
  "Assalamualaikum cikgu!" bergema kelas sewaktu mereka mengikut kate2 Khairul..         "Wsalam,duduk smua..kamu smua tahu kn bhawa mase pmr nti lgi 2 bulan je lagi,emm..cikgu harap kmu smua wt la psiapan..kite pulun hbes2 tahun ni!! yaa!! 45pelajar 8A PMR!!" kate2 cikgu Zakiah itu betul2 mbuatkn kmi bsemangt skali utk mnimba ilmu..:)  
    
      "Hoi Dayah,aku mcm nk msok speesh balik laa.. boring ar.. tensen palotak aku tau belaja je 24 jam..hoh"ngeluh aku sengeluh2nya..
      Dayah hanye memandangku smbil mggeleng2kn kepalenyer.
     "Mira,kau sabar laa dulu..jgn pikir2kn hal tu,PMR lgi penting tau..kau ni,pas ni kau msokle blik..ish3.."katenyer.
    Betul,ape yg kau katekn tdi,tpi aku rase mcm hati ni terpanggil2 utk sertai kembali laman sosial tu. Aku pelik la. Hairan lak tu,mcm...mcm ade seseorg pgil aku ke sne.. Ish,mcm cter hantu la plak,haha!!  Ye,aku dapat rasa macam ade sesuatu yg sedang mnarik2 aku utk ke sana.  Tanpa membuang masa, aku mengeluarkn sebuah buku tulis yg berjudul SCIENCE. Aku memg suka subjek  ni sebab macam2 experimen yg kami boleh lakukan di makmal. Cikgu Zakiah ni pon jarang marah anak2 muridnya.
    
      Maklumla, anaknya pon same kelas dgn ku. Farah Adibah Karim. Seorang budak perempuan yg rajin,pandai,bijak,aktif dan macam2 lagi laa. Aku kadang2 jeles gk tgok mereka. Bahagia je sentiasa.. Takde la macam fmily aku,makin nak periksa,makin berat dugaan yg menimpa kami. Aku la yg kena tanggung bebannya,Ya Allah! berat benar ujian yg Kau beri pada kluargaku. Namun. aku tetap tabah dan sabar dalam ujian ni. Aku thu pasti ade hikmah disebalik kjadian ini. Ayahku bru2 ini telah berperang besar dengan emakku. Aku tgok pon, aku menangis.. Tak tahan..
    
       Emakku dpt thu yg ayah ade hubungan rahsie dgn pmbantu sekolah. Aku la yg menjadi pendengar setia tatkala emak menceritakn segala masalah yg terbuku di hatinya. Aku sebagai seorang anak hanya mampu mmberi kate2 semangat pada dia. Lagi masalah yg menimpa aku adalah ayah nak berhenti kerja sebagai tukang kebun sekolah. Tapi nasib baik emak ku pandai pujuk,kalau tak...haaaa,hampeh la kami jadinya.. Huhu..:((

       "Ehh..Mira!! Ape yg awk menungkn tuuu... Berangan je kerja dia ni.. Cepat siapkn kerja yg sy bagi tdi tu.." Lantang suara cikgu. Aku yg mendengar pon terkejot berok..

       "Hoh, tak makan saman langsung cikgu ni.. Lain kali nk tegur tu bgi salam la dulu.. Ni tak, main sergah je.. majerin2 la mcm ni..hehe" hati ku berkate2 dgn sendrinyer..

     Mira yg terpinga2 ditegur oleh cikgu tersenyum sorang2. Sambil menggaru2 kepala yg tidak gatal itu, aku terpandang Wani yg sedang asyik nau tido. Idea giler ku sudah mari!!  Siap la kau Wani.. hehe.. Mira yg nakal berjaln perlahan ke belakang Wani lalu mencucuk pinggang Wani dengan sekuat hati. :p

    
       "Makkkkk!!!!!!!!! Saket!!!" menjerit Wani sambil tgnnyer meraba2 pinggangnya. Aku dengan yg lain2 ketawa berdekah2 melihat Wani yg dalam kebangangan itu.

   "Wani,sori ler..  Aku yg buat kau tdi.. Hehe. Sori eh,alaaa.. Bukan selalu dapat kenakn kau."
  "Sontoloyo (sengal  kot) kau.. Kan aku da pesan jangan buat cmtu lgi.. Degil le kau."
  "Kekeke,emosi tol le kau ni. Kang aku repot kat cikgu yg kau tido kng,naye je... Hehe"
  "Hah tu,ugut je thu ea.. Sipot tol ler engko ni"
  
       Farhana yg sedang memerhati mereka tersenyum kambing dibuatnya. Setalah lama kemudian, mereka mbuat hal masing2. Kat sekolah ni, kalau sehari tak nyakat kawan, memang tak sah! Hidup Amira selalu ceria walaupun sering kali di himpit kesusahan.
Ainaa yg dari tadi tak habis2 menyapu sampah.. Ramai yg menggelarnya 'bibik',tapi dia langsung tak ambil peduli. Bagi dia, biarlah kelas 3 Anggerik ini selalu disebut2 orang ramai. Konon fofular le tu. Tapi hakikatnya, memang kelas ini sgt fofular pada tahun tersebut(2009). Macam2 pertandingan yg kami masuk pasti akan menang. Terbaru ni, kelas kami telah menjadi juara pertandingan kebersihan kelas. Malah berkali2,tiap2 bulan pasti nama 3 Anggerik akn disebut2 sebagai juara. Kelas lain dgr pon gerun mereka di buatnya. Haha,padan muka kau,siapa suruh taknak kemas kelas,ye tak..? Hehe.. Aisehh,terbangga diri pulak! Ahh,biar la,dulik hape gua. Hoho..

   "10 minit.."

    "5 minit.."
  KRING!!! lecong sekolah pun berbunyi riang menandakn waktu balik. Hidayah lah orang yg excited giler nk balik rumah dia. Padahal rumah dia dekat je,bukan kt London,Tedung pun.. Setiap hari bila waktu balik da dekat, dia akn merenung jam tangannya dan membuat pengiraan. Ramai yg sudah faham sangat dengan gelagatnya. Balik rumah, tujam la dia nk menonton siaran kegemarannya, Sepanbob. Entah hape siaran yg mengarut entah. Memang dia akn tonton. Selepas itu, dia pasti akn mengeluarkn basikalnya yg da lama tu untuk merayau2 satu kampung dia.

  "Mira, kau dapat henpon tak hari ni..?"soal Ainaa tiba2 padaku.

 "Emm,dapat2.. Hari ni kan hari Jumaat. Yahoo!" jerit aku riang secara mengejut.
Pot pet pot pet.. Tu la,hobi kami bila balik dari sekolah. Mesti nak berbual, dalam kelas da berbual, time balik pun nk jugak berbual tu. Memang betul la fakta yg di kaji,90% perempuan di muka bumi ini akan bercakap tanpa henti, mulut becok ke..? mulut murai..? Alaa,semua pun boleh.. Tapi fakta ni aku ler yg cipta sendiri, kalau ada yg percaya tu, lantak kau la Labu..
Sedang syok berjalan, Ainaa sekali lagi tnya aku 1 soalan. Kali ni soalan dia mencabar skit.

  "Wei..kau dengan Poji ape cer beb..? Lama gak ek tak dengar khbar berita dia."
 "Aku... Mane la thu, dia da lama tak contact aku, da dekat 7 bulan aku tak hubung dgn dia"
  "Laa,ngape lak.? Korang gadoh eaaaaa??"
  "Mane ade.. Siot ar kau. Dia da ada makwe lain kot"
  "Kau hantar la SMS kat dia. Kau ni pun,tu pun nak kena ajar"
  "Wei Ainaa, kalau da berbulan2 tak msj, aku da malas da nak hntar2 msj lagi,buang kredit aku je ade lar."

       Aku tak tahu lagi nak kata ape,memang ramai yg tnya pasal benda yg sama. Tapi jawapan dari aku tetap sama gk. Fikiranku melayang2 sambil melihat motorsikal dgn kereta lalu lalang. Dan pada ketika itu,  entah mengapa mata aku tertumpu pada sebuah motor Kriss berwarna biru. Dari jauh aku melihat, aku dapat rasakn siapa pnunggang motosikali itu. Ya! aku kenal.. Aku thu siapa dia.. Sesorang yg ku telah lama kenal, telah lama ku pendam rasa sygku padanya. Dia.... Amir.. Seorang pelajar dari Politeknik Merlimau berumur 18 tahun yg tinggal di Solok Berangan 6,Umbai.  Dia yg tidak pernah ku temu, kini berada betul2 depan ku. Cuma dia mungkin tak tahu, atau tak perasan aku di sini.

  
     "Amir!!!" jeritku sambil melompat2 macam binatang yg kt Zoo tu. Teruja le katekn. Kekeke~
    "Sape tu,Mira..?"
   "Err.. Kawan aku,Ainaa.. Amir,budak yg aku crita kt kau kelmarin.. Huhu"
   "Kawan ke pakwe ni..?"
   "Woii, kawan ler.."
   "Hehe, jgn marah. Aku gurau je. Alololo~"
  "Pehh, tak sangka dapat jumpa dia laa. Hoho"
  "Selama ni memg korang kenal dalam hp je ke..? tak pernah jumpa?"

   Bertubi2 soalan Ainaa di tujukn padaku. Apa aku nak jawap ni? Ahh, klepet jela..

  "Aku kenal dia pon dalam speesh. Hehe.. Dia selalu gk kate nk jumpa aku. tapi aku slalu gk elak daripada jumpa.."

  "Nape?"

  "Sebab... Sebab aku tak cantik! Aku malu! Kng kalau jumpe,mesti dia kutuk aku.."
 "Ape sebab dia nk kutuk kau hah? Dia tu hensem sgt ke nk kutuk2 orang? Perfect sgt ke dia tu? Gitau aku skit.. Bukan skit,tapi banyakk2.."tegas Ainaa bersuara.
  
       Aku hanya tunjukkn saja kepala ku. Ishh Ainaa  ni,relek la. Aku yg tkot nk jawap soalan kau ni. Hoh! Tapi Ainaa ikhlas denganku, aku tahu dia tak suka lelaki yg suka menilai kaum hawa dari luaran,tapi dalaman BUTA! Tak thu nk nilai.. Hehe, aku sokong la kau Ainaa. Mekasehh.. :))
Perjalanan kami di teruskan dengan pantas kerana hari sudah semakin gelap,menandakan ia mahu hujan. Guruh pun mengaum2 seperti menyuruh kami pulang segera. Setelah itu, kami pun perpecah dan pulang ke rumah masing-masing. Tapi peristiwa tadi benar-benar buatkan hati Mira berdegup kencang macam dilanda ombak tsunami Megi. Ehh,mengarut la plak.. Pehal lak tsunami Megi, taufan Megi la. Aisemen.. Sekali lagi Mira membuat lawak buduh. Sekali-sekala Mira tersenyum sendirian. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Tatkala aku tiba di rumah, hujan lebat turun mencurah2 ke bumi ini.

   "Emm, tidur syok gak ni.. Hihi :p" bisik hatinya. Mira segera menyalin pakaian sekolahnya dengan baju Tshirt hitam lambang Micheal Jackson dan seluar panjang biru gelap. Kemudian, Mira cepat-cepat menunaikan solat asar yang hampir tamat waktunya. Selepas itu, mulalah mencari bantal kesayangannya itu. Wanginya memang tak dapat ditandingi oleh mana-mana minyak wangi yang lain. One Drop pun kalah kot. Hehe.. Eh, One Drop pun sekarang ni dah tak popular ek..? Ape minyak wangi yang terbaru ha..? Macam-macam soalan yang tiada jawapan berlegar-legar di kepala hotak Mira yang tersangat la 'pandainya'..

  
    Lama-kelamaan, Mira pun lena dibuai mimpi di siang hari. Sambil berbantalkan pillow yg gebu dan lembut itu, Mira terus berada di awang-awangan.. Krohh.. Krohh.. zzzZZZ~~
   "Mintak-mintak la aku mimpi Nabil Raja Lawak. Amin"
  
    Tepat pukul 6.30petang, kebiasaannya Mira akan bangun dari tidur kemudiannya dia akan pergi mengangkat kain di belakang rumah dan akan menyapu sampah. Inilah rutin harian Mira yang tak pernah berubah sejak dolu-dolu lagi. Biasalah, anak dara musti lah rajinkan. Kalau tak, payah ler nanti bakal soami korang.. Haha! Mira mundar-mandir ke hulu ke hilir di dalam rumah, sesekali dia menjeling skrin henponnya yang tiada sebarang SMS ataupun MISSCALL dari sesiapa.
    "Emm.. Boring la kalau tiap-tiap minggu macam ni.. Takde orang nak msj kite.." perlahan Mira berkata, takut-takut mak atau ayah dengar dan salah faham pula.
     Selama ini Mira kesepian dan sunyi sejak ketiadaan Poji. Selalunya dialah yang suka berSMS dengan Mira, tapi sekarang entah kenapa dia dah banyak berubah. SMS tidak, telefon tidak, MISSCALL? ahh, lagi la haram takda. Kalau dulu mereka sangat rapat dan mesra, tak boleh renggang walau semenet. Bak kata pepatah 'bagai belangkas', sekarang ni, 'bagai pungguk rindukan bulan'. Memang kenakan..?
     "what's the problem, Mira.. Come on, dont give up..thinking bout your future!" getus Mira sambil menampar-nampar pipinya. Mira hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila selalu sangat mikirkan masalah itu. Hal remeh je tu, lantak la..
    
       Malam itu, Mira tekad untuk masuk speesh kembali, hidupnya sangat sunyi dan sepi. Tiada siapa pun yang faham hati Mira. Mira telah lama membiarkan henponnya dicas selama beberapa jam. Setelah itu, Mira pergi ke bahagian internet, klik pada lifestyle, kemudian klik pada perkataan yang tertera SPEESH.. Selepas itu, Mira secara otometiknya jadilah ahli speesh yang rasmi. Hehe..
  
       "Yes!!  Aku da masuk speesh.. Yahoo!!"
Gumbiranya tidak dapat digambarkan kerana baru sehari di laman itu, dia dah pun memperoleh ramai kenalan. Tapi rata-ratanya adalah lelaki. Perempuan sikit sahaja, boleh dikira dengan jari woo..
        "Bestnya dapat ramai kawan.." bisik Mira sambil jarinya gedak-gedik keypad henponnya.
Sedang Mira melihat- lihat profile orang lain, tiba-tiba ada msj dari kawan speesh..

1 Private Message:

  HangJebat- hai bdk comey wa nk kenal sama lu buleh x..?
  Miera- hoi, nak knal? bole je,gua xkesah la beb..hehe:p
HangJebat- hehe, siot gak lu ni ek? lu apa name?dok mne?n umo lu bape??:)
 Miera- beseler, lu ape thu.. gua rock! yeyeahh!! name gua mira,dok melaka,15thun.hihi..
HangJebat- laa,budak lagi lu ni, ptot le muke comey je. hehe..gua 24thun..
Miera- ... k lah,nti-nti sambung eh..bizi..daaa..:))

Ketika Mira sedang mahu offline, ada lagi 5 private messages..


5 Private Messages:

   Muhd Izwar- hai awk
  Boy Notti- hai cyg.. nak cium..:((
  Jinggo_n9- hye wk..jom skandal dgn cye nk??
  .....
      Dan banyak lagi msj yang Mira tak sempat nak bacanya. Namun dia hiraukan, malas nak balas PM2 macam tu, buang karan je..
    
      Kalau nak diikutkan, budak-budak macam tu dia taknak layan, mereka tu kadang-kadang nakal. Suka ambil kesempatan pada orang perempuan. Aku bukan macam tu, senang terima. Aku ada maruah. Yaa!! masih ada maruah lagi dalam diri ini. Mira suka berkawan dengan sesiapa saja,asalkan niat tu baik..

       Hari ke hari,bulan ke bulan,akhirnya peperiksaan PMR menjelma. Pantas sungguh masa berlalu. Masa ni macam berlari,bkn berjalan mahupun menyusur. Persediaan murid2 tingkatan 3Anggerik pun nampaknya sudah menebal. Cikgu2 di sana kelihatan resah dan gelisah,serupa macam 'keluh kesah bersama kak Esah' yang terdapat dalam majalah Ujang. Bagaikan tentera mahu berperang pulak,dan di akhirnya kemenangan yang kami semua capai.. Itulah matlamat kami yang sebenarnya. Ini adalah jalan penentu di mana kita selepas ini. Sama ada di bidang Sains Biologi..atau sebaliknya..Yang pasti, kami akan buat yang terbaik..


    "Korang sume all the best k.. wt tol2 tau.."kataku kepada semua memberku.

    "Yaa..ko pon same"
    "Aku cuak ar beb..takot.."
    "Nak takot mendenye..mende sedang berlaku ni.."
    "Huhu..nak terkencing..nak terkencing.."
    "Da lambat..dah lambat..tak sempatttt..."
    "Hoh..nak jugak hagemaru dia.. nyampah aku"
    "Gasak tak thu,nanti gthu cikguuuu..."
    "Pehal dak Wani ni,Dayah..? Gile ke hape.."
    "Ntah la Aina,sejak 2,3,4,10 menjak ni..ah,aku pun tak pahamla"
    "Eh,macam sengal ke ghopernyer.."
    "Fanaaaa...mane budak ni..orang da nak masuk dewan ni.."
    "Sori2 guys,aku lmbat. Aku tadi p buang air besar.. Pehh,nape la aku ni"

     Masing2 dengan gelagat masing2. Semua ada kisah tersendiri.. Aku tak tahu la bila lagi kitorang akan berkumpul sama2 macam ni. Inilah kenangn manis yang aku dapat sepanjang berada di tingkatan 3. Susah senang kita kongsi bersama. Pahit manis kita lalui bersama. Inilah jugak yang dinamakan kawan sejati. Aku sayang korang sampai bila2,even aku da tak de pon,korang akan tetap segar dan fresh dalam kenangan..

"ABADIKAN KENANGAN DALAM SETIAP PERTEMUAN KITA.."
Khas kepada:
Nur Hidayah Fatihah Rohan. ( gila-gila)
Syazwani Mohd Ismail. (tak perperikemanusiaan)
Ainaa Mardhiah Razali. (sengal-sengal)
Ida Yazmin Yazid. (minah rockerz)
Nurul Farhana Minhat. (obes Korea)
Nur Ezerina Zainal Abidin. (asal boleh je)
Nur Fasihah Ahamad Asbani. (si tomboy jiwang)
    
        Di pendekkan cerita, mereka bersama menghadapi pahit getir dalam menjawap soalan PMR tersbut. Tekun benar mereka menjawap. Guru2 kami yang melihat hanya mampu berdoa. Terima kasih cikgu.. Jasamu tiada tandingannya. Kalian kami anggap seperti ibu bapa kami sendiri. Seminggu sudahpun berlalu, akhirnya tamat sudah kami menjawap soalan PMR 2009. Alhamdulillah.. Sekarang ni, aku sudah merdeka !! Yahooo!!!! Habis saja menjawap subjet last, aku melompat gumbira. Da macam membe aku kt zoo Taiping nun. Pehh, canggih beb!!

       Aku da dapat layan speesh dengan senang lenang la bebeh. Dan yang paling aku nanti2kan adalah cuti sekolah yang bakal menjelang tak lama lagi. Lagi sebulan je ni. Sebulan tu juga lah sekolah mengadakan pelbagai aktiviti yang bebest untuk kitorang semua. Pertandingan melukis la, pertandingan buat layang-layang la, membuat roket terbang la, buat kolum la dan macam-macam lagi la. Kami enjoy dengan apa yang cikgu-cikgi beri pada kami. Dasyatttttt!!  Hehe.. Aku pun ada la gak menang dalam pertandingan tu. Aku menang pertandingan melukis. Dapat saguhati. Huhu, walaupun nama saguhati tapi hadiahnya lumayan beb. Buku lukisan, berus lukisan, coklat satu kotak.. Pendek kata, rejeki murah laa. Hehe..


        Hari berganti hari, jam berganti jam, akhirnya cuti sekolah ponggal terakhir tiba juga akhirnya. Aku dengan membe lain sibuk mengambil gambar beramai-ramai. Mohon maaf semua. Syahdu la tu konon-kononnya. Hek3.. Siap ada yang menangis lak tu, aku pun naik hairan betul la. Majerin-majerin. Tapi takde sape tahu yang kat dalam hati aku ni ha. Aku pun sedih gak tau. Mana la tahu nanti tahun depan aku da tak dapat sama kelas dengan diorang lagi. Sedih la woii. Hidup lagi ke tak aku ni. Emm., apa la yang aku dok bercakap sengsorang ni. Adoiiyaii.. Lu langsi lu mati. Hehe..