Haaa..jangan lupa bace blog ni kerana membaca itu amalan mulia..haha..selamat membaca :)

Wednesday, 11 June 2014

pengalaman jaga atok ~

Assalamualaikum.

Hari Khamis lepas (bape hari bulan aku lupa ), lepas bape hari balik dari Ganu tu lah. Aku pegi balik Asahan amik atok. Perasaan aku eksaited giler babun nak take care of atok. Emmm. mesti ade yang ingat atok ni untuk laki. Kemon, atok aku pompuan lah. Hehehe..

Aku dah sedia maklum bahawa atok dah tak berapa ingat certain2 peristiwa. Yelah, umur atok pon dah menjangkau 83 tahun. 

Hari pertama tu aku betul2 jaga atok, bagi atok makan, dengar kisah atok, teman atok tido dan memacam lah . Walaupon bnyk sgt cter yang berulang2 dia dok borakkan, aku tadah je telinge. Best gak dgr. Hehehe.. Kebanyakkan cter dia tahun 40an,50an.. Kisah dia kawen mase muda2., kisah arwah suami atok..Aku panggil atok jantan.. EHEHE.. :3

Hari kedua dan seterusnya..

Atuk aku dgn hobi dia cter2 tu..Tapi dah start cter2 pasal anak2 laki dia yang jaga dia. Pak Ngah dan Pak Andak! aku tak kisah, aku dgor je cam biase. Tapi lame2 cair gak taik telinge aku sebab dah bnyk kali dgr atok dok puji melambung2 cucu2 pakcik2 sedara aku tu. Aku terpikir gak kan, anak2 atuk yg perempuan kot yang bnyk jaga atuk selama ni, kenapa ek dia puji2 anak lelaki? Emmm..tak kisah lah.aku hnya cucu :3

Atuk aku pesen dia suka ke hulur ke hilir. Aku tahu tujuan dia wat camtu sebenarnya nak jalan2 (keluar rumah), bukannya aku tak bagi atuk jenjalan, tapi atuk dah tak kuat.. lagi satu aku mane le geti naik kerete.. moto aku boleh lah, takkan lah atuk nak bonceng aku ye tak? kang tercicir kang. saje kene baling penyapu roman dgn mak aku.. Huhu :3

Tulah, mak awal2 dah pesan, jage atuk nanti kite kene banyak senyum. Lagipon senyum kan dapat pahala :)
Jage orang tua ni jugak kene banyak sabar. Kesabaran kite teruji ktika jaga atok tersayang..

Macam bebaru ni, aku balik dari kelas belajar kereta, tengah sesedap makan nasi dgn atuk, atuk aku tegur..
"kau baru balik belajar kerete ye mira?"
aku balas " ye atuk.."

lepas tu aku sambung makan balik..suasana sunyi mase tu. Hehehe.. tetibe..
"kau baru balik belajar kerete ye??"

aku rase nak tercekit tulang ikan mase tu..huhu..aku kate lah dgn nada lembut
"ye tuk..~"

sambung balik makan..dannnn..
"kau baru balik belajar kereta ye mira??"

aku tak sahut pon ptnyaan atuk, aku just angguk2 je..huhu.. nak gelak pon hade mase tu.hehe..tapi aku kaber line cecepat..

Hohoho..

Ade lagi kisah lucu aku dgn atuk.. mase tu pak ngah aku baru balik dari umah aku, dia nak melawat atuk kat umah aku ni.. mak aku ade hidang air teh dgh kek pisang tau tuk pak ngah dan mak ngah aku tu..

Mase dorang dah balik tu, aku lari ke dapor sbb nak togok air teh.. aku amik secawan,,glup glup glup..habisss secawan! time aku nak amik air teh kali kdua tu, atuk aku jln ke dapo duduk kat meja makan.. mak aku suruh lah aku pass kan kek pisang tu kat atuk.. Aku dgn tgn kiri pegang cawan, tgn kanan pegang pinggan kek pisang hulur kat atuk..

Mase aku hulur tu, aku tgok atuk aku dgn selamber je keluarkan gigi palsunya,, aku tahan lagi,, pastu atuk aku ramas2 pulak gigi kesayangannya tu dgn kdua2 tgnnya.. aku dah tak tahan dah.. tekak aku tetibe mual pulak..huhu.. aku cecepat pandang dinding (sebenarnya pndang kalender) aku urut2 dada aku bnyk kali.. urut punye urut bagi aku x muntah..huhu.. kenapa lah aku trpandang gigi palsu atuk tuu??? haiyaaa..hahaha..nasib baik aku x kenyang lagi mase tu, kalo tak pasti dah terkeluar balik makanan2 dalam penyot aku tuu ~ :3

Hehehee.. papepon aku sayang atuk aku.. selagi atok selese duduk kat umah ni, aku akan jaga dia.. :)

Atuk selalu gak kate dia mimpi dia ade kat kampung lah,mimpi jumpe cucu dia kt kampung lah.. aku capangkan telinge je..mak aku pesan pape yg atuk cter tu, kite iye kan aje..hehe..

Actually, mak aku kate..orang yang boleh jage warga emas ni adalah orang yg terpilih..insan istimewa yg Tuhan tentukan. So, jgn sia2 kan.. bnyk pahala jage org tua ni.. hhihi..

Jumpe lagi di arena akan datang. hehe..(atok gua pnggil ajak tdo derrrr)

Byeee! Salam. ^___________^



hormatilah orang lebih tua dari kita ^_^


Saturday, 7 June 2014

seram sangat nih ! ~

Assalamualaikum..

Seram! Seram! Seram sangat sangat! 

Minggu lepas aku pergi la belajar kerete kat Bukit Katil nun.. Bukan lah hari pertama pon, mase tu kali keempat kot aku belajar kerete.. Macam biase lepas belajar sejam, aku duduk laa sengsorang kat tepi kerosi kayu tu.. Suasana sangat seram mase tu.. Hehehee.. (suara seram)


Aku terasa sangat bosan bo bo bo bosan! Aku pon mengeluarkan earphone yg berwarna putih, aku cucuk telinge kiri dan kanan.. Aku dengar Era.fm mase tu.. Seram! Memang seram betol!


Tetibe ade seorang budak perempuan ni datang kat arah aku.. Aku sangat seram mase tu.. Rase nak tegolek menyorok dalam tong sampah! Namun aku buat dono je la.. Aku sengih tanda aku sudi nak berkawen dgnnya.. Eh! nak berkawan dengannya.. Aku sengih macam ni...



Macam ni laaa aku sengih.. Tengok pon tahu seram nih!



Budak perempuan tu.. comel gak! rase nak gomol2 pipi dia.. Dia duduk sebelah aku, kejap2 tengok aku.. Kejap2 tengok aku.. Seolah2 muke aku ni macam angelina jolie tercekik seliper jepun cap ayam.. Aku tak tahan lalu aku pon tegur..

"Hai.. camne bawak kerete tadi? Ok?? " soal aku sambil memberikan senyuman yang menawan giler.
"Seram! Uncle tu garang! Eeeeewwww~" jawap budak tuh terbeliak2 matenya.

Aku tanya lagi tanda aku mahu berkenalan dengannya..

"Owhhh..hohoho.. ni duduk mane ni?" soalku..
"Dok Alor Gajah.." jawapnya pendek dan pendek dan pendek.hehe..

"Owhh.. umur awak berape ni?" soalku lembut selembut kain sutera.
"Baru lepas spm,18 tahun..heee.. tu pulak??" dia bertanya pada aku pulak.

"Comellll..akak ni dok Merlimau..umur dah 20 dah.." kembang idungku jawap pertanyaan dia.

Borak punye borak punye berak ehh.. dalam beberapa minit tu kitorg dah boleh menyesuaikan diri kami.. Dah kawan dah pon. Hehehe.. APE YANG SERAM SEBENARNYA NIH???!


Nak dipendekkan cter, mase dia bual2 dgn aku tu, aku boleh lak lupe nak tanya name dia..Hohoho.. Ape punye bangang aku ni kan? Aku pon tanya laaa..

"Name adek ape??"

dia jawap " Syahida.."

"akak panggil Ida la ye..hihiihi" kateku sambil senyum ..

"Boleh je..name akak lak ape??" dia bertanya..

"Name akak Mira..heee" sempat lagi tu aku heeeeee...


Tetibe budak tu mendekatkan mukanya ke muke aku.. HAAAA...seram dah datang da! Seram! Seram!

Tetibe....

Te...

TEEEEEEEE....

Tetibeeeeee.....

Tetibe dia cakap..."Akak..muka akak macam NAJWA LATIFF laaa!"

HAAAAA....aku seram mendengarnyaaa...!!!


Dia kate muke aku macam retis! Najwa Latipp pulak tuh! Hehehe..tu je la cternya.. Seram tu saje je aku tak tahu nak letak tajuk ape.. Aku pakai cincai2 je pon.. baju lengan panjang, tudung indon, suar jeans, kasut.. bile dia kate camtu, aku jadi malu...malu giler! takkan laa..selalunya org tgok gmbr je kate camtu, ni bile depan2,ade gak yg kte bnde yg same.. Aisehman, Batman, Otoman, Cicakman betul lah.. dalam diam kembang kempis kembang kempis lobang idung aku.. Hihihi.. 


Amacam? seram tak citer aku ni?? eeee boleh buat novel nih..kuikuikui..


Dahlah..aku penat ..penat gelak!! HAHAHAHAAHAHAHAHAAHHAHAHA



HAHAHAHAHAHA... BYE :p


pembedahan secara batin logikkah?? ~

Assalamualaikum..

Harini aku dengan senang lenang search google pasal pembedahan secara batin.. Bukan nak suruh amalkan, tapi just nak tahu sedikit sebanyak pasal kes ni. Ini disebabkan aku ade terdengar kisah2 penduduk kampung yg gemar mmbuat pembedahan secara batin ni.. Mulenya aku dengar seram gak.. Dan lepas tu mulalah timbul satu persatu persoalan mengenai tu.. Jadi aku pon start memulakan operasi aku di hari ni.. Hehehe.. Lepas bace beberapa artikel mengenai ni, aku boleh la kongsi2 kat family aku, atok aku.. (tetibe masuk atok pulak dalam ni.. hohoho )  Kebanyakan penduduk kampung yg amik risiko buat pembedahan batin adalah disebabkan ketiadaan wang, faktor kehidupan yg miskin, takut nak bedah kt spital, ajakan org sekeliling dan takot ia membawa mati (sebab pmbedahan secara batin ni takde rase cam kena bedah pon! ) Ni ape yg aku dapat di google :


maaf, hanya gambar sardin aku dpt paparkan sbb aku tgh lapor.hehe


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM???
-Risalah: Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Amalan Perubatan Tradisional

Seperti yang kita semua maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi.

Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya jampi.

Amalan Jampi Dalam Perubatan

Sabda Nabi Muhammad saw:

Maksudnya: Dari Auf bin Malek berkata: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahliyyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Baginda bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi jampimu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selagi mana tidak mengandungi hal-hal syirik.

Menurut Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab Fatawa al Muasarah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:

1) Ia mestilah disasarkan kepada Allah Taala dan nama2Nya yang mulia.

2) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata (bahasa) syang boleh difahami maksudnya.

3) Beriktikad bahawa ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah Taala jua.


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

Jampi yang diharamkan

Merupakan jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik,pemujaan jin,syaitan,menggunakan ilmu hitam atau sihir,mengandungi bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk seperti jampi yang dimulakan dengan bacaan bismillah , atau alhamdulillah dan disebut dengan nama hantu atau jin kemudian disudahi dengan ucapan ``Berkat kata lailahaillallah Muhammadar rasulullah``atau seumpamanya.

Selain itu, amalan seperti menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri iaitu ilmu kebal, ilmu pengasih ,ilmu pelemah hati ,ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran islam.

Allah telah berfirman dalam surah Yunus: Ayat 106, yang bermaksud:
``Dan janganlah engkau menyembah atau memuja selain dari Allah,yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudharat kepadamu.Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).``



Contoh amalan perubatan tradisonal yang tidak mengikut syariat islam.

1. Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin islam) dalam melakukan perawatan.

2. Pengamal menggunakan ilmu sihir,ilmu hitam,silap mata,tukang nujum dan ramalan tapak tangan.

3. Pengamalkan mengaitkan sesuatu pengeras dengan sesuatu akibat.

4. pengamal melakukan sesuatu perkara yang syirik seperti menyembelih binatang,sembah pantai,buang ancak dan lain-lain.

5. Pengamal menggunakan jampi yang tidak difahami.

6. pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat-ayat al-quran.

7. Pengamal membaca ayat al-quran secara terbalik.

8. Pengamal memberi syarat yang bercanggah pada aqidah,syariah dan akhlak kepada pesakit.Seperti pesakit wanita perlu bersndirian dengan pengamal.

9. Pengamal mengaitkan amalannya berkaitan dengan amalan rasulullah S.A.w dan al-quran tetapi tiada bukti yang kukuh.

10. Pengamal melakukan ilmu sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan bius. Contohnya pembedahan batin.



AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.



APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.



FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.

RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.


JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!

Monday, 2 June 2014

holiday ke ganuu ~


Assalamualaikum..
Hai ini hari nak share alkisah aku sepanjang perjalanan ke terengganu..
Dengor macam tak bape menarik, tapi lantak le kan..hehehe

Jumaat ~
6.20 a.m 


  • gerak dari Merlimau.. bayangkan muke sembab mate merah, dengan bedak bertepek2.. dah macam tuttt dah mase tu.. hahaha.. adek aku takyah cter lah memang dia masuk je kerete terus sambung tidor..memang sejuk giler (mane taknye aircond kerete pepagi choiii.. )  sempat aku hntr mesej kejap dekat sang pujangga hati ku,aku gtau dia aku dah gerak dri Merlimau.hehe..malu la pulak..hahaha..aku dah geleng2 kepale dah tahan ngantuk..wuu~ tu je la keje aku dlm kerete geleng2 angguk2 kepala..sampaikan shawl aku pon senget benget dibuatnyeee..hihi



8 lebeh a.m


  • al sampai aje kat segamat, ayah aku pegi singgah kejap kedai mamak tuk breakfast.. sebelom sampai ke segamat tu, aku dah bantai tidur dah.. terngange2 mulot aku..patut le angin banyak dlm badan..aku sedut angin luar bnyk sangat.hahaha.. TAK KELAKAR PON! terhoyong hayang aku time kuar dari kerete tu.. perot ku pon udah gegendeng gegendeng tatkala terhidu bau roti canai yg semerbak bau mawar yg mekar di pagi hari.. aku tanpa segan silu mengorder roti kosong dua keping dgn milo suam.. dulu mase akak2 ipar ikot memang segan aku nk order 2..tapi kali ni pegi pon 4orang je (mak, ayah, adek, aku), tak segan sangat.hehe.. lagipon aku dgn adek memng tngah lapor gilerrrrrr wooo~


haa.. ni bukan roti canai yg aku snap..ni aku google jeee.. WADAHEKKK! kecur tak kecur tak??


12 lebeh p.m

  • pukul 12 lebeh laa agaknye aku sampai ganu.. mulalah ayah aku melilau2 cari chalet tepi pantai..nak cari hotel, cam tak best pulak ye tak..akhirnyaaa jumpe jugak. name chalet tu DARA INN PENGINAPAN. kalau nak book in, klik je kat link tu.,ngehehe..alhamdulilah.. chalet tu terletak kat Seberang Takir,Kuala Terengganu.. berhampiran dengan Scout Inn. (agaknye).. dekat pulak tu dengan kem askar tempat ayah aku berkhidmat dedulu kaleee.. dannn dekat jugak dengan pantai Teluk Ketapang..dannn lagi (sempot aku) dekat giler dengan airport Sultan Mahmud.. sewa untuk dua malam aje.. smua skali RM240..mahal la jugak bagi aku.tapi best.. ^_^




 ni pon aku google gak..hehe.. malas lah nak masukkan gambar dari phone..huhu..ni pintu masuk ke chalet tuuu..malam2 memang bercahaya,berlampu lip lap lagi kate koooo..

haaa..cam ni la rupe bilik kitorang selame 2malam kat situ..dapat katil bujang je..sebab yg queennye dah penuh org tempah..hehe

ni pulak rupe bilik air dia..aiihh, aku ni macam promote pulak..hehe..selebehnya tengok lah cendiri carik kat google k.. :p

  • dah dapat bilik tu, kitorang smua angkat amik segala beg dalam kerete tu..penuh baju je..huhu..lepas tu tunaikan segala ape yg patot..kendian ayah aku ajak tido kejap,.pasal beliau dah penat sangat 8,9 jam memandu.. kitorg pon krohhh krohhhh zzZZZZ...~ ~


4 lebeh p.m

  • bersiap2 nak ke pantai! yahooo... memule round2 situ ade trjumpe pasar malam..aku tak tahu laa diorang kt sane panggil ape ..pasar gelap ke,pasar siang ke,pasar rabu?? haha.. cuci mate la katekan..lepastu aku dengan adek pergi laa merayau2 kat tepi pantai..dan aku sempat snap gambar perasan bajet tuh..mekaseh laa wahai adekku kerana mengsnap gambar akakmu ini~ ~ dan ketika tengah main air tu laa,aku tetibe terdetik hati nak menelefon buah ati yg jauh kat johor nun..haha.. tepon jap jee ..rindu kot.. hehe..


ni laaa aku ..hehe.. nampak cam muram je..nape ni lahaiii.. ceh ceh ceh..ni saje je ni.. satu je la aku dapat letak..hihihi. mase ni kat Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir :)


6 lebeh dekat 7 p.m

  • lepas tu kitorang singgah pulak kat belakang airport tu... ade pantai yg same gak,hehe..cume kt situ dah dibuat tembok..tembok bagi halang ombak besar.. gambar? adeee jangan risauu wok..
 perhatikan aje budak kecik tuuu...hehehehe.. yg pakai topi tu laa my ayah.. see, nmpk batu2 besau gedabak tu.. tu la tembok yg dibuat tuk halang ombak..kemain lagi kitorang panjat2 batu2 tu.. ish ish ish


ni pulakk my emak..hehe..beliau simple2 je walopon g memane..tengok2 apebende le budak kecik tu buat..terkangkang2 haaa nak naik..KAHAKAHGAKA!!


AKHIRNYAA...anda smua nilailah sendiri..hahahaha..patah riuk tulang haaa semate2 nak panjat batu ye dik..hahaha..lawak!


7 lebeh p.m

  • balik laaaa ape lagi..hahahaha..penat kan mase tu.. :)
9.00 p.m

  • aku dengan adek siap2 nak pegi makan kat gerai depan chalet ni..pegi sendiri je kot..hahaha..aku belanje time tu..maklomlah hati tengah senang..tapi belanje air milo je la..makan tak pon..KOHKOHKOH! lepas menikmati segelas milo ais (manis giler bape sudu melo tah diorg bubuh), aku ajak lee adek aku g pasar malam kt situ..ingatkan dekat,rupenye jaoh! kitorg patah balik,lepak2 pulak kt bus stop depan playground tu,,aku tengok mak2 ayah2 yg teman anak2 diorg main smuanya muke budak je.. aku pon muleee laa trbayang Ariff dukung main2 dengan anak..aku sbgai mak pulak duk kat kosi tersengeh2 tgok gelagat si ayah dgn anak..OPPS! hahaha...giler siot.mengarut dah ni..hoho..aku pon hantuk kepala kt dinding tu takot menjadik2 pulak nanti~ ~  -..- kendian kitorg pon pulang ke chalet itu semula..........

11 lebeh p.m

  • mate kitorang smua tak leh nak celik dah.. kami pon tidur laaa..tapi aircond! aku kalah sikit dgn aircond ni.. tak pernah2 aku tdur sarong dgn gebor..kali ni aku tdor dengn gebor,sweater..dgn shawl aku lagi..bungkus habis! huhu..kene ade kipas angin,aircond aku tak bulehhh~ ~ wuuu... nite..hehe


Sabtu ~
9.00 a.m

  • kami bersiap2 nak keluar.. (aku le paling lambat nak bersiap hehe) ..memule pegi breakfast dulu..cam bese le roti canai 2kepeng..hahaha.. tak main sekepeng2..hehe..tempat pertama kitorg pegi adalah kat Pasar Payang..kat sane memacam ade..murah2 lagi..emmm..murah ke? mahal sikit laa..hehe..

ni laaa Pasar Payang..memang ramai orang giler mase tu..musim cuti kan..tingkat bawah tu jual sayur2 buah2 je..yang tingkt atas tu jual macam2..baju,batik,cenderamata, smua ade...rambang mate kalau tak plan awal2 nak beli ape..



nampak kan?? banyak kan??? hehe..aku beli tshirt ganu je..gambor jerung..muahaha..ganas2 tak aku?


  • kendian tengah sesedap tengok barang, membe ayah pulak tipun..ajak kitorg pegi umah dia makan2 kat sane sekali..haduii..jauh kot..kat Bandar Permaisuri..tu dah nak sampai kelantan dohhh.. kitorg pegi je. (lebeh kurang sejam lebeh pejalanan ke sane)hehehe..ayah gembira dpt jumpe membe seaskar dia dedulu...borak punye borak,makan punye makan,pukul 3 lebeh baru kitorang blah dari situuuu..euuu~

4 lebeh p.m

  • kitorang patah balik ke pasar payang sebab agenda mak kt sane lom selesai lagi,.hehe..dia kate x puas lagi shopping..tp aku tengok kt sane,beliau tnye harge,pastu blah..tnye harga pastu blah..tu je..xde beli2 sngt pon.hehe..survey harga kottt..mungkin.. :p dekat2 mghrib tu kitorng pon balikk laa smula ke chalet..ngeee~

9.30 p.m

  • macam biase aku siap2 dengan adek nk g ngeteh jap kt gerai depan..kali ni adek aku pulak melanje..konon nak try masakan orang pantai timur,,kitorang pon order laa Nasi Goreng Pantai Timur.. nasi dia serupe macam nasi goreng USA..tapi yg pantai timurnya ni bnyk sayur yg aku jarang2 makan..hee..aku dgn adek rase macam nak nyesal pon ade pi order pelik2..tapi nak tak nak kene makan gak..hohoho..sekali koceh2 daaaa..hahaa..aku xmakan sgt pon..bedal telor mata je..huhu..nak tahu smua sekali bape?? RM19 kooooo..mahal giler..milo ais dua,nasi goreng pntai timur 2..boleh jejak dekat 20 hengget..pehh..nasib bukan duit aku..hihhihi.. :p

11.00 p.m

  • tidooo laaa ape laeiii....hehehehe...krohh krohhhhh...!


Ahad ~

9.00 a.m

  • last kami kat chalet tuuu..bye2 chalet..aku akan merindui muu~  hari last,kitorng kemas2 bilik tu..hantr smua barang ke dlm bonet kereta ayah.. agenda pertame skali mstilah breakfast..hihi.. jangan terkejut adek aku boleh makan smpai 3kepeng roti canai..HAHAHAHA! betol2 lapor dia tu..memang dia lapor sbb mlm tu dia makan nasi pelik2..hehe..sape sruh kan?? :p
9.30 a.m

  • kitorang smpai tempat jual kepok lekor depan Sekolah Tok Beng,Seberang Takir..sape nak tempah boleh jee pegi kat link yg wane2 tuu.. nombor 1 ranking kepok lekor kat situ..hehe..macam kt pejabat pos kooo..siap kene ambik no giliran lagi..ishhhh,btol maju kedai tu kan..ni gambar diaaaa..~
sempat gak aku gi ushar brader tu rebus kepok lekor..hehe..bahang kot..api panas..


sempat lagi gak aku pi ushar akak2 kt dalam tu baut keropok..emmm...agak susah pulak bile aku tngok..heee..



kan aku dah kate..macam pejabat pos..hehe..bank pon kalah koooo.....


ni..aku amik kat google je..hehe..sebab aku x sempat pulak nak snap name kdai tu...heee...silalah pergi..besttttt... ^_^


  • lepas dah selesai smua..kitorg pon balikkkkk........sampai Jempol,Negeri Sembilan..kitorng singgah jap umah kak ipar (bini along) nak bagi sikit ole2 dari teganu la katekan..hihi..sampai umah dekat pukul 9 malam...puhhh,.,penat.... 

Haaa...dah bacakan..punye berjela2 aku naip ni..tahan kencing aku buat bende ni..berjam2 aku nak pkir karangan yg best tuk dibace..uikk,karangan kot..haha..tak boleh blah.. dulu pegi dgn abg2,kali ni pegi berempat...lepas ni dengan siape? dengan suami?hahah..gatal tak bertempat aku ni..mungkin.. In shaa Allah..Ariff,bawak sy gi sane pulak nanti yee..hehehe..bye..salam

:)