Haaa..jangan lupa bace blog ni kerana membaca itu amalan mulia..haha..selamat membaca :)

Saturday, 26 July 2014

entah ape2 entah~

 Assalamualaikum..

Walaupun lagi bape jam lagi nak raye , tapi aku rase cm tak raye pulak , huhuhu .

Dan aku rase menunggu adalah satu perbuatan yang sgt membuang mase , kalau dapat buang lemak tu memag aku doploh ampat jam tunggu . tunggu dalam jamban pon aku sanggup kate kooo . hehe . :3


Mengharap pon tiada gunenya jugak . haishhh apsal sakit pulak hati aku ni tetibe ? ngek kau ni mira , hahaha .relek sudah . kau buat je keje kau . memang lupe lah segala kebebanan palotak engkau tuuuu XD


Taknak laaa . Jangan laaa spoil kan mood aku nk raye niii . hihihihi *giler ke


Aku tak tahu ape sebenarnye yang bermain2 bergayut2 dalam hotak berjambol aku ni . Kenkadang dalam hati aku menjerit2 kate "hoi hoi hoi kenape aku yang kau nak kenal? hahahah "


Dulu aku tak cenggini wehhhh . hoi hoi kau dgor tak ni?? Eeeewww makin kembang pulak lobang idong aku mikirkannye ! haishhhh . sipot tol laaa :3


Ngaaa.... sekali aku dah terjerat terjelepok termasuk dalam perangkap hatinya , aku jadi cenggini . Mira wehhh sudah lah tuuuu . heheheh . lagi aku melalut , lagi entah ape2 entah ayat aku taip ni. Nonsense bebenor lahh !! hihi. emmm kbaii


Salam


                                                                                                 -just mahu luah dari isi hati- ^.^

Saturday, 19 July 2014

my faith is stronger than your BOMBS,Israel #freeGaza ~



Assalamualaikum..

Di kesempatan ini, aku nak luahkan isi hati aku lagi . Memang aku sangat2 beremosi bila tgok berita pasal Israel bedil Gaza , kanak2 jadi mangsa , orang Israel menari2 bila tgok Gaza di bom . Hey Israel , kau fikir kau bagus ea ? Baru2 ni berita pasal MH17 . Ya Allah sakitnya hati aku . Malaysia jadi mangsa konflik antara Russia dan Ukraine . Mereka saling tuduh menuduh dan ada yg taknak bertanggungjawap *hantu betul kau ni kan?


Dan bila tgok akhbar pasal satu family mati tu , aku terus mengalir air mata . Mereka sehidup semati , pergi di bulan Ramadhan , pada bulan yang mulia ini , mereka sekeluarga bersama di syurga Allah. Allah ya rabbi....

Macam2 berita duka di bulan puase ni , semoga mereka tabah.


Ohh yee, berita pasal MH17 tu , aku yakin ade agenda tersembunyi disebalik kes tersebut . Paling jelas dilihat Netanyahu ambik kesempatan bom Gaza di darat sementara dunia sibuk akan hal pesawat tersebut .
Netanyahu ni sampah , sampah yang tidak punya hati perut ! 



Wahai orang Israel , walaupun kau punya tentera yang berpuluh2 ribu , senjata yang trsangat canggih . Tapi itu semua tak mmbuatkan hati kami sebagai orang Islam berasa gentar , takut . Malaysia akan tetap sokong GAZA DAN PALESTINE  . Kami semua ada dibelakang anda semua . Senjata kami kuat! senjata doa2 para muslimlah yang terhebat! 


                                                   
 * mereka yang kau katakan 'terrorist' itulah yg mmbuatkan mereka bangkit!






  *  Disetiap saat para pejuang fisabilillah melancarkan butir2 peluru daripada kedua tangan perkasa mereka                                 senjata itulah doa2 kami seluruh dunia untuk musnahkan kau , Israel .



Israel , jangan kau berani kaburi mata2 kami dengan setiap kisah2 propaganda dari mu . Apa jua yang berlaku , kami tetap bersatu , bersatu berdoa yg terbaik buat penduduk Islam di sana .



 ~ KAMI TIDAK AKAN LEKA, KAMI PEKA!!



~ ISLAM IS NOT TERRORIST, BUT YOU ARE !!








Okeh lah , sekian saja daripada aku . Love with Gaza , Gaza in our heart , keep stronger !

Salam

Wednesday, 16 July 2014

mari gelak sopan sama-sama ~


Pada suatu hari ada seorang penggembala kambing dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kes curi. Hakim pun memanggil penggembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soalan-soalan tertentu kepadanya.

Hakim           : Encik penggembala kambing, siapa yang bagi makan kambing-kambing kamu tu?
Penggembala : Eerrr... yang hitam ke yang putih, tuan hakim?
Hakim           : Yang putih.
Penggembala : Saya yang bagi makan, tuan hakim.
Hakim           : Yang hitam?
Penggembala : Saya juga.
Hakim           : Siapa yang perah susu kambing kamu?
Penggembala : Eerrrr... yang hitam ke yang putih, tuan hakim?
Hakim           : Yang putih.
Penggembala : Saya yang perah, tuan hakim.
Hakim           : Yang hitam?
Penggembala : Saya juga yang perah.
Hakim           : *mula nak naik hangin.. Siapa yang sembelih kambing kamu?
Penggembala : Yang putih ke yang hitam, tuan hakim?
Hakim           : *dengan meninggi suara..  Saya peduli apa yang putih ke yang hitam ke,sebab dua-dua
                        jawapan kamu tetap sama juga!!
Penggembala : *juga dengan meninggi suara  Memang saya kena tanya yang putih ke yang hitam tuan                                 hakim,sebab yang putih tu kambing saya, itu pun tuan hakim tak tahu ke!
Hakim           : Habis yang hitam tu sapa punya??
Penggembala : Yang hitam tu pon saya punya juga tuan hakim....hehehe, sorry..




Sengal pulak rase bila aku bace balik mastika2 keluaran lelame ni..huawawawa *ketawa kicil-kicilan hehe




SUMBER : MASTIKA JUN 2007

ada apa pada Peugeot CDM25? ~


Assalamualaikum..

Tajuk aku kali ni macam pelik kan? macam nak promote kerete pon hade gak.hahaha..

Jangan terpedaya yee..aku bukan nk jual kerete ke ape ke..aku pon pergi kedai beli tepung naik beskal je uolls.. siap jatuh longkang, langgar mengkarung tgh melintas jalan *tapi aku tak hentak pon mengkarung tu gune kayu besbol tapi aku amik buat bela terus.. tampal P lagi kt cermin belakang beskal aku tuh..
Semua benda aku dah lalui, tapi aku relek je.. Tapi apsal kau pi maki hamun uncle tuh? *acah parang


Baru2 ni aku ade laa jenjalan kat fesbuk dan aku pon adelah tgok ramai orang post pasal Peugeot CDM25 ni.. aku heran binti ajaib lah pasal aku tak tahu papepon *kesian >.<


Alang2 ade video tu aku pon pakai le headphone untuk dengar dan tengok. Masya Allah! sedihnya aku tgok wanita itu.. bagaikan dirasuk hantu oppa gangnam style menari2 menghentak2 kerete uncle tu dengan kayu besbol (haha hentam sajalah) wane cekelat. dengan suaranya yg garau bagaikan kambing tercekik lampu suluh ketika sedang meragut rumput..


Lepas je aku tgok video tu, aku berisghtifar banyak kali. Tengok muke dia aku rasa nak hadiahkan dia seekor beruk supaya dpt beruk tu dpt didik dia jadi orang yg baik. Aku bukan nak kutuk or ape kt wanita tersebut, cume rasa kasihan. begitu rendahnya akhlak dan budi pekerti dia. Paling memalukan adalah wanita itu bangsa Melayu.. *nak kata orang utan tak bleh gak pasal dia boleh bawak kerete hehehe :D

Ni fesbuk wanita tu aku jumpe..




*hehehe.. nampak ape yang aku taip tuh..?? sebenarnya aku tak post pon camtu kat dia.giler ke?hahaha...aku delete balik pastu.saje nak screenshot.. teheee :3



pompuan tu jugak penah bergaduh dengan THOR..ish ish ish,..kemain terok benor kau..wahaha








P/S : KITA SEBAGAI ORANG MELAYU.. TAK KIRALAH ORANG CINA KE, INDIA KE, OMPUTIH KE, ORANG-ORANG KE, ORANG UTAN KE... ADAB SESAMA MANUSIA KENE JAGE GAK.. 


P/S : ANYWAYS... MUHASABAH DIRI KITA DIBULAN PUASA YANG PENUH BARAKAH INI...DEKATKAN LAGI DIRI KITA DENGAN TUHAN, MAKA SEMUA URUSAN MENJADI TENANG :) 


Selamat berpuasa semua.
May God bless us
Publish!

#prayforGAZA

salam

Tuesday, 15 July 2014

sakit perut yang lama? JANGAN ANGGAP REMEH! ~

Assalamualaikum~ bace ni bace!! Grrrrrrr >.<


TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.

Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.


Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.
Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.


Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.

Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.

‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.

‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.

‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.

Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.

Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.

‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.

Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.

Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.

‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.

‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.

Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.

Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.



SUMBER : UTUSANONLINE

Sunday, 13 July 2014

save GAZA and pray for GAZA !!! ~

Assalamualaikum..

Kita sudah sedia maklum bahwa berita baru2 ini Israel telah pon membedil umat Islam di bumi Palestine di bulan puasa...bulan yang penuh keberkatan.. Kekejaman Israel mmg tidak boleh dimaafkan seolah2 mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadhan kali ini.. beratus2 orang mati dibunuh..dan paling ramai adalah kanak2 dan golongan wanita....

Dalam Al-Quran pon ade menyatakan :-

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi- Wallahu'alam, kerana terdapat bermcm2 version)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Lihatlah betapa kejamnya mereka.....















Gambar2 di atas ni aku google je memang banyak kat situ... Serius memang aku sedih dgn penderitaan kt sana..bile time berbuka puasa masuk,aku tgok makanan,aku terbayang akan wajah2 mereka yg kelaparan,kehausan dan macam2 lagi..


Apepon..Bangkitlah kita semua..Ayuh!! doakan yang terbaik buat mereka...doakan mereka agar diberi kekuatan hati dan keimanan mereka kepada yang Maha Kuasa..


                    
                                                                   SAVE GAZA.

jangan syok sendiri yee ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bercinta itu indah, malah ia sangat membahagiakan kita terutama jika pasangan kita adalah insan yang kita admire sejak dari dulu lagi. Namun dalam bercinta jangan sesekali jadi bodoh, buta dan bisu serta syok sendiri. Tidak ramai yang sedar diri mereka di ambang kemusnahan sejak mereka mula bercinta dengan insan yang tak sepatutnya.
Mengapa Kasih Suci kata begitu? Kadang kala ramai yang tidak sedar diri mereka hanya dipergunakan oleh pasangannya yang tidak menyintainya setulus hati. Ramai yang tak sedar mereka dipergunakan.
Kadang kala walau terasa dipergunakan dan diperbodohkan mereka masih mampu bertahan kerana rasa sayang. Perlukah begitu? Ramai lelaki dan perempuan yang teramat menyintai pasangannya jadi buta hati. Kadang kala dia ni menjadi bank bergerak kepada pasangannya tetapi dia tak sedar dirinya hanya dipergunakan.



1.Cuba lihat berapa kali dia hubungi kamu dalam sehari. Adakah kamu yang terhegeh-hegeh hubungi dia dulu setiap hari? kalau ye cuba kamu diamkan diri dan lihat adakah dia masih hubungi kamu seikhlasnya.

2.Kadang kala dia sentiasa tak berduit untuk kamu, sedangkan duit poket, dan segala perbelanjaan dia kamu yang tanggung. Tetapi dengan insan lain dia sanggup berhabis ribuan ringgit membeli hadiah, membuat kejutan birthday party dan apa saja untuk orang lain tetapi bukan untuk kamu. Nampak sangat dia tak memerlukan kamu. Sila buka mata, buka hati. Jangan jadi bodoh!
3.Mangsa dera-Kamu umpama tiada nilai pada mata dia. Pantang silap sikit pasti tangan dia naik, kaki dia mula menyepak. Adakah begitu tinggi nilai kamu dalam hati dia hingga dia melayan kamu sebegitu? fikirkanlah sebaiknya.
4.Selalu buat helah- Dia selalu buat helah jika kamu mengajak keluar bersama. Tetapi jika keluar bersama lelaki lain dia nampak gembira dan sentiasa boleh meluangkan masa, dia tak cintakan kamu. Sila buka mata luas-luas dan carilah cinta sejati.
5.Kamu sentiasa memanjakan dia sedangkan dia tak pernah hargai semua itu. Segala kemahuan dan keperluan dia menjadi tanggungjawab kamu tetapi adakah dia memperjuangkan cinta kalian? renungkan!
6.Alasan- Dia mudah saja mencipta alasan demi alasan bila disoal. Dia sentiasa mengelak apabila kamu bertanya sesuatu. Cinta yang tulus tak seharusnya sebegitu. Fikirkanlah masa depan kamu. Kejarlah cinta sejati dan bukan cinta yang sia-sia.
7.Manis mulut-hati-hati dengan pasangan yang manis mulut dalam memujuk. Kami akan tenggelam dengan perasaan bila dia mula memujuk. Tapi dalam masa yang sama kamu tau dia tak ikhlas dalam kata-katanya.
8.Dia tak berusaha memperjuangkan cinta kalian. Hanya kamu yang berusaha mengekalkan perhubungan.

okeh..ni semua aku kopi n pasta aje..hehehe..lepas bace kat satu ruangan blog tu,aku rase cam nak share je. share je k..takde papepon.. sempoiiiii... ok babai.. assalamualaikum ^_^

Wednesday, 9 July 2014

40 tanda anda disantau ~


Assalamualaikum...heee..



santau
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi ringkas ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius.” Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir’aun.
Jenis-jenis sihir adalah :–Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.
Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Insyaallah sembuh

Tuesday, 1 July 2014

menyambut romadhooon 1435H~

Assalamualaikum kawan2....
Hehehe..

Puhh...Puhhh..Puihhhhh ! *meniup habuk dan sarang labah2

Psst...Psstt... Psst! *sembur febreeze pulak XD

Emmm.. *kembangkan hidung

Baru ler wangi.. Hikhikhik..

Okeh dah lama aku tak mengupdate belog ni.. sebab aku banyak kerja yang perlu dilunaskan (keje apebendenye)


Okeh sementara ada mase lagi ni, aku nak mengucapkan al selamat menyambut bulan ramadhan..marhaban yaa ramadhan ^__^


Alhamdulillah.. kali ini aku dapat berpuasa, berbuka puasa, bersahur bersama family terchenta setelah dua tahun berturut2 aku berpuasa di matrik.. ternyata jelita ehh ternyata suasana puasa kali ni rase lain laaa..hehehe..

Bile masuk bulan romadhoon ni aku teringt pulak kisah2 aku berpuasa dgn rumate2 yg tak tipu sewiusss aku rindu sgt kt dorang smua... emmm..ape kabar mereka ekk? 


Pada tahun 2012, pengalaman berpuasa kat asrama dgn Aini (Joho), Ecah (Melaka) dgn Ummu (Kelantan) pada mulanya agak kekok sikit sbb pertama kali kan. Sweet je. Mane taknye, habis je kelas pukul 4, wat temu janji dgn dorang nk jumpe kat mane..Pastu pegi lah bazaar...Opps! bazaar kat dlm kolej je hokeh (kat kafe je),bukan kt luar pon. Hohoho XD

Dari kanan : Ecah, Aini, Ummu, Aku ~



With Ummu,Ecah..mase awal2 sem 1..Hahahah..muke budak lagi wehhh....*mohon gelak


sem 1 kot mase ni..sebelom ke kelas kite snap dulu woh !! Aku yg tudung itam tu :)


Haaa...aku jumpe dah gmbr juadah buke puase mse 2012!!! hahahaa...cer teka mane aku punye??heheh :p


Aku ni dah biasa kat umah ayah yg beli kt bazaar, bile kali ni turn aku pulak..aku rase cm tah pebende le aku nak beli buat berbuke..Konon2 nak beli macam bapak aku punye beli, aku main hentam beli kuih2 peberet aku..(banyak woh), beli air (paling giler suka air cendol),beli nasi lauk ciput2 je (nak murah hehe).


Bile da nk azan tu (kalau kat umah aku pakai radio bukak kekuat tpi kali ni pasang telinga dgr azan kolej je), (paling lawak kitorng salah dgr azan.tah negeri mane tah,kitorng trus makan,lps tu dgr pulak azan kolej alamak!! -..-)..kitorang duduk bersimpuh bawah kipas. Si Aini ni baik hati dia suke belanje air botol besar,Aisyah pulak dgn kuih2..Kumpul2 smuanya,, haaa hambik macam nak buat kenduri je punye bnyk giler makanan..Hahaha.. Part berbuka tu paling best! kitorang makan share2.. ko nak? ko nak?


Part bersahur tak yah citer lah.hahaha...bukan hari2 kitorang bangun sahur pon! Awal2 bulan ramadhan je rajin bngun,kejutkan orang..sahur nasi,roti..bile tahap bangang abadi muncul, togok air mineral ajee sambil pejamkan mate... XD


Sambung balik yg tadi..Bile dah sudah makan tu,kitorang gelak2 sbb masing2 perot dah buncit makan bnyk (baru2 puasa).. sesape yang tak habis tu,kitorang bagi si Ummu ni habiskan..sbb dia kuat makan..hehe..orangnye kecik je..ish ish..Ya Allah,rindunya aku pada mereka... :(


Bile nak terawih tu haaa seksa sikit..hahaha.. bukan seksa ape pon,seksa sbb perot ni dah penuh rase nk terkeluar balik je.hehe.. (jangan marah sbb ni awal2 bulan puasa je kitorang jadi pelahap cmni :p)


Dah lelame sikit tu, baru lah kitorang pandai berjimat sikit, beli ala kadar je..maklomlah pelajar tak punya uwang :p


Haaa yang tu tahun 2012, yang tahun kedua pulak aku kt kolej (2013), aku dah tak buke puase dgn dorang dah..huhuhu..aku puasa dgn orang lain pulak..Izyan (Terengganu), Ayu (Kelantan) dan Alwani (Terengganu)..Psst psst! nmpk tak aku sorang je budak selatan (Melaka) kat situ? Bhahahaha >.<

Ni gambar bersama Izyan (buat peace) dan Saiyidah (kecik comel)



Ni pulak mase berbuka puasa bersama classmate..cer teka aku kat mane? hehehe...


Errrr..ni aku tak tahu mase bile ni..hehehe..with Izyan :)



Pengalaman puasa dgn dorang pon best gak..cume yg tak bestnye kitorang buka puasa kt tmpt masing2 je..huhuhu..tak join duduk bersama bawah kipas pon..sbb ape ek? aku pon tak pasti ,,LOL
Tapi beli juadah berbuke,memang kitorang nombol 1 woihh! beli macam beli belah kt shopping mall..hohoho..
Sebenarnya aku acah je..kitorang beli sikit2 je..yg penting! Kurma mesti diutamakan... :)
Kekonon dah matang,dah jadik seniorrita mestilah tunjuk contoh baik untuk adik2 kt kolej tu..hehehe..(Wadahekk?!! -..- )



Tahun kedua ni terawih aku ade malas sikit..huhu (JANGAN CONTOHI!).. suka hati je kan???!! dalam seminggu tu bape kali je aku pegi dgn budak2 ni..Haiyaaa! Ariff bace ni kompom telan liur dia ni..hojohoho..


Mase sahur pulak,rumate aku rajin bangun kejutkan aku.HEHEHE...biase2 je aku sahur setakat roti gardenia cokelat dua..satu tak main lahh..mane cukup.hehehe..dasar perut lembu aku ni :p
Kurma dlm angka ganjil,kismis,makanan tambahan (pil untuk otak bak kate mak aku)


Haaa...sebenarnya ada bnyk kenangan dgn mereka semua ni cuma aku malas je nak mengarang..Hikhikhik XD


Haa..ni lah sedikit sebanyak kisah silam (silam lasangat) ketika aku di Matrikulasi Melaka..korang lak acanooo???


Papepon, jumpe lagi la yee di arena sukan bola sepak ..ehh..arena blog akan datang..
Bulan poser ni aku jarang berblog ...Ceh, macam ade orang bace je..syok sendiri lah kau,Mira..MIAHAHAHHA..


Taatatata...dan Selamat Menyambut Ramadhan 1435H ~~

Salam

^___________^