Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bercinta itu indah, malah ia sangat membahagiakan kita terutama jika pasangan kita adalah insan yang kita admire sejak dari dulu lagi. Namun dalam bercinta jangan sesekali jadi bodoh, buta dan bisu serta syok sendiri. Tidak ramai yang sedar diri mereka di ambang kemusnahan sejak mereka mula bercinta dengan insan yang tak sepatutnya.
Mengapa Kasih Suci kata begitu? Kadang kala ramai yang tidak sedar diri mereka hanya dipergunakan oleh pasangannya yang tidak menyintainya setulus hati. Ramai yang tak sedar mereka dipergunakan.
Kadang kala walau terasa dipergunakan dan diperbodohkan mereka masih mampu bertahan kerana rasa sayang. Perlukah begitu? Ramai lelaki dan perempuan yang teramat menyintai pasangannya jadi buta hati. Kadang kala dia ni menjadi bank bergerak kepada pasangannya tetapi dia tak sedar dirinya hanya dipergunakan.
1.Cuba lihat berapa kali dia hubungi kamu dalam sehari. Adakah kamu yang terhegeh-hegeh hubungi dia dulu setiap hari? kalau ye cuba kamu diamkan diri dan lihat adakah dia masih hubungi kamu seikhlasnya.
2.Kadang kala dia sentiasa tak berduit untuk kamu, sedangkan duit poket, dan segala perbelanjaan dia kamu yang tanggung. Tetapi dengan insan lain dia sanggup berhabis ribuan ringgit membeli hadiah, membuat kejutan birthday party dan apa saja untuk orang lain tetapi bukan untuk kamu. Nampak sangat dia tak memerlukan kamu. Sila buka mata, buka hati. Jangan jadi bodoh!
3.Mangsa dera-Kamu umpama tiada nilai pada mata dia. Pantang silap sikit pasti tangan dia naik, kaki dia mula menyepak. Adakah begitu tinggi nilai kamu dalam hati dia hingga dia melayan kamu sebegitu? fikirkanlah sebaiknya.
4.Selalu buat helah- Dia selalu buat helah jika kamu mengajak keluar bersama. Tetapi jika keluar bersama lelaki lain dia nampak gembira dan sentiasa boleh meluangkan masa, dia tak cintakan kamu. Sila buka mata luas-luas dan carilah cinta sejati.
5.Kamu sentiasa memanjakan dia sedangkan dia tak pernah hargai semua itu. Segala kemahuan dan keperluan dia menjadi tanggungjawab kamu tetapi adakah dia memperjuangkan cinta kalian? renungkan!
6.Alasan- Dia mudah saja mencipta alasan demi alasan bila disoal. Dia sentiasa mengelak apabila kamu bertanya sesuatu. Cinta yang tulus tak seharusnya sebegitu. Fikirkanlah masa depan kamu. Kejarlah cinta sejati dan bukan cinta yang sia-sia.
7.Manis mulut-hati-hati dengan pasangan yang manis mulut dalam memujuk. Kami akan tenggelam dengan perasaan bila dia mula memujuk. Tapi dalam masa yang sama kamu tau dia tak ikhlas dalam kata-katanya.
8.Dia tak berusaha memperjuangkan cinta kalian. Hanya kamu yang berusaha mengekalkan perhubungan.
okeh..ni semua aku kopi n pasta aje..hehehe..lepas bace kat satu ruangan blog tu,aku rase cam nak share je. share je k..takde papepon.. sempoiiiii... ok babai.. assalamualaikum ^_^
No comments:
Post a Comment